Sabtu, 19 Mac 2011

Proton Putra


DENGAN harga yang semakin murah, Putra kini boleh dimiliki oleh pelbagai golongan.


Walaupun pengendaliannya tidak semaju jentera Gti dan Neo, namun pada harga yang jauh lebih murah dan sporty, Putra adalah sebuah coupe yang harus dipertimbangkan untuk dimiliki.

INILAH satu-satunya kereta sports kelas sederhana yang dijual pada harga yang amat kompetitif sewaktu dilancarkan.

Ketika Proton masih bekerjasama erat dengan Mitsubishi, model Putra telah dilancarkan pada 1997 dengan menggunakan platform model Mitsubishi yang diberi nama Mirage Asti.

Berbeza dengan Mirage Asti yang hanya dibekalkan dengan enjin-enjin kecil 1.3, 1.5 DOHC dan 1.6 SOHC, pihak Proton telah mengambil keputusan menjadikan model ini sebagai model top of the range mereka.

Malah, sebelum kehadiran Satria Gti, inilah salah satu daripada kenderaan coupe tempatan yang menarik dan mampu dimiliki.

Dua tahun sebelumnya, Proton telah melancarkan Proton Wira edisi terhad dan dalam sejarah Proton, inilah yang benar-benar terhad.

Dengan tempat duduk Recaro, stereng dan tombol gear Momo, enjin 4G93 1.8 DOHC Efi serta kerangka yang paling kukuh dalam kategorinya, Putra menjadi ikon untuk kereta sports coupe pada masa itu.

Walaupun kini pengendaliannya tidak semaju yang dapat dibandingkan dengan kereta seperti Gti dan Neo, namun pada harga yang jauh lebih murah, ia adalah sebuah coupe yang harus dipertimbangkan untuk dimiliki.

Model tahun 1997 mungkin sama harganya dengan Civic EG tahun 1992. Cuma di atas kertas, coupe ini menang dalam banyak aspek.

Dilahirkan bagi memenuhi permintaan pasaran sebuah sport kelas sederhana, Putra diperkenalkan dua tahun selepas Proton Satria mendapat sambutan hangat di pasaran.

Kereta yang pada asalnya diambil daripada kerangka asas Mirage Asti telah dinaik taraf sepenuhnya dengan penggunaan kerangka C99, enjin 4G93P yang mampu menghasilkan 140ps dalam keadaan asal serta aksesori Momo dan Recaro.

Ia menjadikan kereta ini rangkaian ‘mewah’ daripada Proton pada harga jualan lebih RM70,000.

Berbeza dengan hatchback yang mempunyai ruang bagasi yang terhad, Putra menawarkan but yang hampir sama luasnya dengan sedan, cuma ia direka sebagai coupe untuk mendapatkan imej yang sporty.

Casis atau kerangka kereta ini merupakan salah satu faktor penting dalam menjadikan kereta ini memiliki pengendalian yang terbaik.

Okey, begini. Dua buah kereta yang sama, mungkin kelihatan sama pada hakikatnya, tetapi penggunaan enjin dan kuasa kuda berbeza menyebabkan pengeluar menaiktarafkan kerangka mereka.

Sebagai contoh, Honda Civic 2.0 dan Civic Type R, walaupun kedua-dua kereta ini nampak sama, namun hakikatnya, kerangka Civic Type R jauh lebih kukuh.

Pengukuhan ini lazimnya dibuat pada sistem suspensi, titik setiap tiang, kerangka tengah dan titik-titik weld-spot yang menerima beban yang tinggi.


PROTON Putra dibangunkan daripada platform Mitsubishi Mirage Asti.


Jika enjin K20A Type R digunakan pada Civic 2.0, hasil pengendaliannya tidak akan sama. Penggunaan casis yang kukuh ini amat penting dalam menampung kuasa enjin kerana jika tidak, badan kereta akan mudah meliut jika kereta diasak dengan keras di selekoh pada kadar yang kerap.

Kekukuhan casis itu jugalah menjadikan Putra amat digemari para pelumba tempatan untuk dijadikan kereta litar lumba. Selain daripada menggunakan enjin salinannya 1.8 turbo GSR Mitsubishi, enjin asal NA (Normally Aspirated) ini juga amat berpotensi untuk dimajukan.

Ia merupakan satu-satunya pencabar kategori sub 1800cc yang kebanyakannya didominasi oleh Civic berenjin VTEC pada eranya

Di sebalik prestasi menerusi enjin dan transmisi manualnya, Proton Putra juga merupakan satu-satunya model Proton 1.8 DOHC yang ditawarkan dengan model bertransmisi automatik. Walaupun automatik dikaitkan dengan kereta bukan prestasi pada eranya, ia masih menerima aksesori yang serupa dengan versi manual.

Jadi, selain daripada pasaran kereta sport, ia juga menambat hati pembeli ketika itu khasnya golongan yang tinggal di kota besar atau wanita muda.

Kembali ke zaman 2008. Kereta ini mungkin telah dilupakan. Namun dengan kadar susut nilainya, ia yang dahulunya hanya mampu dimiliki golongan kelas sederhana tinggi, kini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja.

Walaupun pada hakikatnya model bertransmisi automatik dijual lebih mahal berbanding manual, namun pasaran kereta terpakai berbeza. Model automatik lebih murah berbanding versi manual. Model automatik boleh diperoleh pada harga serendah RM23,000 daripada pemilik asal.

Enjin 4G93 ini merupakan versi enjin moden yang digunakan pada model Visage di Jepun. Ia antara rangkaian enjin yang boleh diklasifikasikan baru dengan sistem suntikan dan Air-Flow Converter (AFS).

Ia juga generasi yang turut menggunakan sistem pelarasan tappet hidraulik. Kos penyenggaraan Putra ini agak rendah kerana masih berkongsi kebanyakan peralatannya dengan model Wira dan Gti.

Apakah yang dapat anda jangkakan pada sebuah kereta yang melebihi paras 10 tahun? Kelusuhan pada bahagian dalamannya adalah sesuatu yang rutin. Bukan disebabkan kereta ini buatan Malaysia. Ia adalah faktor cuaca tropika.

Kebiasaannya fabrik tempat sandar bahagian atas bagi kerusi belakang akan reput jika kereta kerap diletakkan di bawah sinaran matahari.

Fabrik hitam ini boleh digantikan di banyak premis moden dan harganya masih murah berbanding membaiki kulit Perdana V6.

Memandangkan tempat duduk hadapan kereta ini dipasangkan dengan kerusi Recaro N-Joy separa bucket, kemungkinan kelusuhan ketara mungkin berlaku pada bahagian sayap tepi kerana mobiliti keluar-masuk kereta.

Lebih-lebih lagi, jika pemandunya bersaiz besar. Stereng Momo juga tidak ketinggalan mengalami kelusuhan, khasnya jika pemandu yang suka memakai cincin.

Enjin kereta ini mudah dijaga. Begitu juga dengan kotak gear (auto atau manual). Jika pemilik sebelumnya menyelenggara kereta dengan betul, nescaya tiada masalah besar yang akan timbul, hatta kereta dengan perbatuan lebih 200,000.

Sistem suspensi dan breknya berkongsi dengan Wira LE, Satria Gti dan sebahagian Wira 1.6 dan 1.8 SOHC.

Seperti yang saya simpulkan, ia sebuah kereta berprestasi baik yang kini lebih murah. Malah, anda tidak akan mendapat segala-galanya dalam satu pakej seperti yang dimiliki Proton Putra.

Jumaat, 18 Mac 2011

Fadhilat Jumaat

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).


"ANDA BUAT....ANDA DAPAT"

Khamis, 17 Mac 2011

Fenomena Bulan Menghampiri Bumi pada 19/3/2011 - Jangan Lupa!!!



Untuk semua umat manusia di Malaysia khasnya, Satu fenomena alam cerkerwala di langit akan berlaku di obit dunia. Para saintis dunia dan pakar astronomy melaporkan, Bulan Berada Paling Hampir Dengan Bumi. fenomena Ini Berlaku Selepas 18 Tahun Berlalu.

Bulan menghampiri bumi berlaku pada hari Sabtu malam Ahad bersamaan 19 March 2011 atau 15 Rabiul Akhir 1432H. Bulan akan berada di obit bumi 356,700km.

Jarak sebenar bulan dengan bumi ialah 406,300km. Pada malam tersebut bulan nampak besr dan terang benderang. ( bergantung pada cuaca pada malam tersebut).

Fenomena bulan semakin menghampiri bumi, saintis dunia meramalkan keadaan cuaca dunia tidak menentu atau sukar diramal.

Malah santis dan ahli astronomy meramalkan dunia akan berlaku ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi didaratan dan dilautan serta pelbagai kejadian yang sukar diramal.

FIKIR FIKIRLAH WAHAI SEMUA INSAN DIDUNIA, KIAMAT KECIL TELALU BANYAK BERLAKU SEBAGI PERINGATAN KEPADA MANUSIA.

Terbaru gempa bumi berskala 9.0 megatidu sehingga berlaku tsunami di Jepun. Lihatlah dengan matahati jangan lihat dengan mata.

KAFA melawat Stadium Wembley

Stadium Wembley merupakan sebuah stadium yang terletak di London. Ia merupakan stadium nasional bagi negara England. Wembley asal dibuka pada tahun 1923 tetapi ditutup pada tahun 2000. Dalam masa tujuh tahun, stadium itu diruntuhkan dan dibinakan semula. Wembley moden dibuka pada tahun 2007.

Antara acara sukan yang diadakan di Wembley termasuk Perlawanan Akhir Piala FA (sejak 1923 di Wembley asal), perlawanan bola sepak pasukan England, perlawanan ragbi serta bola sepak Amerika. Perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA 2011 akan diadakan di Wembley.Terbaru stadium ini menjadi saksi kekalahan Arsenal kepada Birmingham dalam saingan akhir Piala FA pada bulan lalu.

Tan Sri Annuar Musa, Datuk Takiyuddin, YB Abdul Fatah Mahmood dan beberapa lagi delegasi KAFA telah melakukan lawatan ke stadium ini bagi melihat sendiri keunikan dan kecanggihan stadium ini yang bakal digunakan untuk Sukan Olimpik 2012 nanti. Adakah lawatan ini idea untuk pembinaan stadium baru atau pengubahsuaian stadium sekarang masih terlalu awal untuk diramal. Walauapapun ideanya, lawatan ini amat bermanfaat kepada pembangunan infrastruktur bolasepak dan stadium di Kelantan khususnya kerana fakta yang jelas hanya di Kelantan sahaja stadium sentiasa dilimpahi para penyokong bolasepak dan rakyat bagi program-program komuniti.

Tiada yang mustahil jika melihat semangat rakyat Kelantan yang mempunyai semangat berdikari cekal mampu membina sebuah stadium terbaik di Kelantan pada suatu masa nanti. Tan Sri Annuar Musa sememangnya dikenali seorang yang bersungguh-sungguh dalam mendapatkan setiap apa yang dihajatinya dan konsisten dalam mencapai impiannya memiliki stadium sendiri nanti. Saban tahun keinginan melihat Kelantan beraksi dalam keadaan stadium yang lebih sempurna dan terbaik sentiasa menjadi agenda utama beliau, selain mengimpikan keselesaan kepada para penyokong yang hadir.

Tidak dapat dinafikan oleh seluruh pengurusan stadium di Malaysia termasuk pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil, mereka turut mengimpikan kehadiran penyokong seperti dirasai stadium Sultan Muhammad Ke 4, namun semangat jati diri bolasepak hanya ada pada jiwa anak Kelantan sahaja, mereka tahu membezakan antara sokongan kepada pasukan negeri, pasukan kebangsaan dan pasukan kelab-kelab eropah yang diminati mereka. Pada mereka apabila pasukan negeri kesayangan mereka beraksi, semua peminat harus memberi sokongan mengikut kemampuan mereka sendiri. Oleh itu, tidak hairanlah apabila berlaku kekalahan atau insiden penyokong, media cepat melaporkan perkara ini kerana media juga tahu rakyat Kelantan adalah antara pembaca akhbar teramai di Malaysia tanpa Kelantan akan sunyi sepilah bolasepak Malaysia.

Harapan rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri agar berkerjasama dalam memberi kemudahan prasarana yang lebih baik bagi stadium sedia ada atau memakburkan impian rakyat Kelantan yang mengimpikan sebuah stadium baru untuk mereka. Pelaburan pembinaan stadium di Kelantan dijangka mendapat pulangan paling cepat berbanding stadium di negeri lain dengan pulangan kasar anggaran RM15-20 juta setahun bagi stadium yang sedia ada sekarang dengan kadar tiket pada harga RM12-15 bagi tempat duduk umum sahaja. Kos yang diperlukan bagi membina sebuah stadium baru yang berkapasiti 50-80 ribu orang RM 500 juta-2 Billion, ianya bergantung kepada kemudahan yang hendak disediakan.


Dalam diari perjalanan delegasi KAFA, mereka juga akan bertemu Datuk Chan, melawat stadium Cardiff City dan menyaksikan perlawanan Cardiff City menentang Barnsley.

Dengan izin Allah dan doa seluruh rakyat Kelantan dengan penuh keyakinan akan terbina sebuah stadium impian rakyat Kelantan nanti.

Stastistik dan Fakta (Dipetik dari http://www.wembleystadium.com)

Fakta Umum
The stadium has a circumference of 1 km
There are 107 steps in the trophy presentation route – the old stadium had 39 steps
The new Wembley encloses 4,000,000 m3 inside its walls and under its roof. This is the equivalent of 25,000 double-decker buses or 7 billion pints of milk
The deepest of the piles that form the foundations, at 35 metres, is as deep as the Twin Towers were tall
The new pitch is four metres lower than the previous pitch
Each of the two giant screens in new stadium is the size of 600 domestic television sets
The total length of the escalators is the same as a 400 metre running track

The seats
The stadium has 90,000 seats with NO obstructed views
The rows of seating, if placed end to end, would stretch 54 kilometers
There is more leg room in every seat in Wembley Stadium than there was in the Royal Box of the old stadium
The seats are spread over three tiers: lower 34,303, middle 16,532 and upper 39,165

The arch
The arch is 133 metres above the level of the external concourse
With a span of 315 metres, the arch is the longest single span roof structure in the world
With a diameter of 7.4 metres the arch is wide enough for a Channel Tunnel train to run through
A representative from every county in England was involved in the construction of the arch
To read more about the Arch Fascinating facts click here.

The roof
The stadium roof rises to 52 metres above the pitch. This compares to the 35 metres tall Twin Towers of the old stadium
The roof is over 11 acres, of which four of the acres are retractable

Facilities
The soft drink dispensers can pour 30,000 cups in a little over 10 minutes
Approximately 40,000 pints of beer can be served during half time in a football/rugby league match

Transport
Almost 40,000 people come through Wembley Park station on an event day
100 trains an hour will go through the three Wembley stations servicing the Stadium

How many…?
90,000 seats
310 wheelchair spaces
400 press seats

34 bars
8 restaurants
98 kitchens
688 food and drink service points
10,500 seated covers on an event day

2,618 toilets
47 retail units (programmes, merchandise, betting)
164 turnstiles
26 lifts
30 escalators

Mandi Junub

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…