Isnin, 31 Disember 2012
MEMBUDAYAKAN DINAR SYIFA GSR sebagai MAS KAHWIN
ISLAM ada panduan lengkap dan terperinci mengenai perkahwinan, bermula daripada kriteria atau cara memilih pasangan yang ideal, melakukan khitbah (peminangan), panduan hubungan seksual antara kedua suami isteri, bagaimana mendidik anak, serta memberikan jalan keluar jika berlaku pertelingkahan atau kemelut rumah tangga, sampai dalam proses nafaqah dan harta waris, semua diatur oleh Islam secara terperinci.
Nabi Muhammad SAW mendorong umatnya untuk mempercepat perkahwinan, mempermudah jalan untuknya dan membanteras perkara-perkara yang melanggar syariat. Ini adalah kerana perkahwinan itu merupakan jalan yang paling bermanfaat dan paling afdal dalam upaya merealisasikan dan menjaga kehormatan.
Melalui perkahwinan akan terjaga seseorang itu daripada apa yang dilarang ALLAH SWT. dalam memenuhi keperluan lelaki dan wanita di samping keperluan manusia suami isteri untuk melahirkan keturunan dan memakmurkan dunia yang diamanahkan.
Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sahya itu perkahwinan, maka ia akan mencari jalanjalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam. Firman ALLAH. “ertinya : Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada agama (ALLAH); (tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.
Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Surah Ar-Ruum : 30).
Konsep perkahwinan dalam Islam perlu difahami oleh masyarakat kita dan perlu merujuk kepada panduan yang diberikan dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah. Islam meletakkan perkahwinan pada suatu tahap yang amat tinggi dalam pembangunan masyarakat. Dalam mengadakan majlis perkahwinan pula, Islam ada panduan bagaimana mewujudkan sebuah pesta pernikahan yang meriah, namun tetap mendapatkan keberkatan dan tidak melanggar tuntunan agama, begitu juga dengan majlis kenduri perkahwinan yang sederhana tetapi penuh dengan pesona dan keberkatan.
Perkahwinan merupakan satu fitrah kejadian manusia dan keperluan masyarakat sejak zaman berzaman lamanya dilakukan dengan adat mengikut keperluan agama.
Hampir di serata dunia kaum wanita disanjung oleh kaum lelaki dan begitu juga dalam ajaran agama Islam wanita mendapat tempat yang mulia dan mendapat penghormatan sewajarnya.
Apabila seseorang lelaki itu mahu mengahwini seseorang wanita, ianya dimulakan dengan majlis merisik diikuti dengan majlis pertunangan dan seterusnya majlis perkahwinan.
Semua majlis ini dilakukan dengan penuh keceriaan dan peradaban yang tinggi.
Dalam zaman silam ketika adat menghantar tanda dan adat menghantar mas kahwin dan belanja dilakukan oleh pihak lelaki, biasanya dibawa bersama cincin emas atau berlian.
Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung, selipar atau kasut, gula-gula, buahbuahan, dan sebagainya.
Walaupun terdapat perbezaan adat dari satu negeri ke satu negeri tetapi mas kahwin yang diberikan adalah sesuatu yang sangat bernilai.
Usaha memartabatkan kaum wanita seterusnya, Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR) telah mengeluarkan barang kemas dan dinar emas yang dipakejkan khas untuk disesuaikan sebagai barang hantaran atau mas kahwin. Produk dinar emas yang bercirikan lambang kasih sayang yang berterusan dan kekal abadi.
Perkahwinan yang bermatlamat untuk kekal abadi seperti kekalnya nilai emas. Masyarakat sudah mula sedar akan penyusutan kuasa membeli wang kertas ringgit Malaysia dan sudah mula mahu menggunakan emas atau dinar emas sebagai mas kahwin.
Sumbangan kaum wanita tidak seharusnya diberi mas kahwin dengan sesuatu yang susut nilai mengikut masa dan masanya sudah tiba bagi pihak majlis agama di setiap negeri tidak menetapkan nilai ringgit Malaysia dua puluh dua ringgit setengah sebagai mas kahwin. Jika kita ikut tradisi RM22.50 ini, nilai satu ringgit anggaran bersamaan dengan 8 dirham perak.
Jika 1 dirham bersamaan dengan RM25, ini bersamaan dengan RM4,500 (22.5X8X25). Oleh itu, kembalilah kepada nilai sebenar untuk mas kahwin dan diharap masyarakat kita dapat membudayakan mas kahwin menggunakan dinar emas dan dirham perak dan bukan wang kertas yang menyusut nilai. Dinar Syifa' yang dikeluarkan khas sungguh unik sebagai mas kahwin boleh menjadi pengikat pertalian perkahwinan kekal abadi.
Sumber Dari Sinar Harian
www.gsr2u.com.my/mullah
Label:
dinar,
Dinar Syifa,
GSR,
Mas kawin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan