Tahniah bagi semua pemegang saham bank rakyat di atas pengumuman ini. maknanya sesiapa yang sempat membuat akaun pada suku tahun 2011 dengan pelaburan minimum rm500,telah membolehkan mereka menerima dividen sebanyak RM100 !!! wow !!! ia sesuatu amat memberangsangkan... berbanding dengan akaun simpanan yang lain lain tu, hampir setanding dengan simpananemas dan perak pada jangka panjang.
KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.
Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.
"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA
jadi, bagi yang belum dapat peluang untuk menyimpan saham di bank rakyat tu sama sama la kita tunggu agar ada harapan dan peluang untuk tambah pelaburan di bank rakyat nanti. sementara tu lebihan duit fiat yang anda ada tu jangan la lupa untuk ketepikan dan tukar kan ia dalam bentuk emas ataupun perak untuk masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan