Isnin, 26 Mac 2012

Beza Harga 3 biji Telur di Zimbabwe & Malaysia

Berikut harga bagi 3 biji telur yang di beli di malaysia. inilah nilai yang di perlukan bagi duit RINGGIT MALAYSIA.



Manakala yg di bawah adalah nilai wang kertas yang diperlukan untuk membeli telur di Zimbabwe


jadi. disamping bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi ini. kita juga perlu beringat bahawa ekonomi yang berasaskan duit fiat di malaysia ini juga tidak terlepas daripada kegawatan ekonomi yang begitu hebat telah melanda zimbabwe. dan kini terbaru negara negara eropah yang di katakan pada tahap negara maju juga seperti greece dan italy yang terkesan dari kelemahan sistem ini sehingga di isytiharkan bankrup oleh bank dunia.


jadi ? memandangkan emas dan perak merupakan sejenis logam yang mempunyai simpan nilai yang sangat baik selain kebal dari inflasi, marilah kita bermula menyimpannya walaupun dari 1 gram emas sebulan.

Bank Rakyat umum dividen 20% bagi tahun 2011



Tahniah bagi semua pemegang saham bank rakyat di atas pengumuman ini. maknanya sesiapa yang sempat membuat akaun pada suku tahun 2011 dengan pelaburan minimum rm500,telah membolehkan mereka menerima dividen sebanyak RM100 !!! wow !!! ia sesuatu amat memberangsangkan... berbanding dengan akaun simpanan yang lain lain tu, hampir setanding dengan simpananemas dan perak pada jangka panjang.

KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.
Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.
"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA




jadi, bagi yang belum dapat peluang untuk menyimpan saham di bank rakyat tu sama sama la kita tunggu agar ada harapan dan peluang untuk tambah pelaburan di bank rakyat nanti. sementara tu lebihan duit fiat yang anda ada tu jangan la lupa untuk ketepikan dan tukar kan ia dalam bentuk emas ataupun perak untuk masa hadapan.

GOLD SILVER RESOURCES SDN. BHD. (GSR)

Pautan

GOLD SILVER RESOURCES SDN. BHD. (GSR) ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan secara rasmi pada 16 November 2011. Perniagaan utama GSR ialah menfokuskan perdagangan logam berharga seperti bullion Emas dan Perak. Semua produk GSR adalah dijamin akan belian balik pada harga yang lebih tinggi dari pesaing kami.

MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS DAN PERAK?

Gold 10-years Chart
Dengan melihat kedua-dua Graf ini sudah cukup memberikan jawapan kepada persoalan di atas. Nilai Emas dan Perak meningkat dari tahun ke tahun berbanding nilai matawang yang menyusut saban tahun.

KELEBIHAN PRODUK DAN SEBAGAI PENGEDAR RASMI GSR
  1. Syarikat Milik Bumiputera 100%.
  2. Komisen yang tertinggi ditawarkan oleh syarikat Emas & Perak di Malaysia. Komisen Emas RM15/g manakala Perak 2-3%.
  3. Komisen Buyback yang tertinggi oleh syarikat Emas & Perak di Malaysia. Komisen Buyback Emas RM4/g dan Perak 0.5%.
  4. Spread produk Emas yang terendah 5% bagi khas untuk dealer sahaja.
  5. Keluaran produk Emas & Perak yang menggunakan pendekatan yang lain dari yang lain.
  6. Produk Bullion Emas & Perak menggunakan pendekatan mirip Perth Mint, Australia di mana keluaran yang terhad bagi setiap produk. Menjadikannya unik kerana limited mintage.
  7. Produk disertakan dengan sijil ketulenan yang ditauliahkan ketulenan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang mana merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam Berharga.
  8. Pertama di Malaysia! Setiap Sijil Ketulenan dilekatkan dengan sticker Hologram yang mustahil untuk diklon (password encrypted).
  9. Pertama di Malaysia! Setiap Sijil Ketulenan adalah unik bagi setiap produk dengan Tema Khas.
  10. Pertama di Malaysia! Setiap Bullion Bar Perak & Emas tersebut serta Sijil Ketulenan ditandatangi oleh Assayer By Hand, bukan dicetak. Sangat unik.
  11. Produk bukan sahaja sebagai instrumen pelaburan bahkan sebagai "Collectors Item" kerana kuantiti yang terhad.
  12. Pelbagai design akan dikeluarkan hampir setiap 2 bulan.
  13. Mampu dibeli oleh semua golongan sasaran & mudah dijual semula.
  14. Jaminan beli balik / "Buy Back" oleh syarikat.
  15. Sistem Pendaftaran Dealer menggunakan pendekatan "Affiliate" yang tercanggih secara automatik.
  16. Belian (Order boleh dibuat secara online) - barang terus dihantar kepada anda tanpa orang tengah.
  17. Harga produk yang dikemaskini secara automatik mengikut harga emas dunia
  18. Order juga boleh dibuat secara SMS atau telefon.
  19. Mudah untuk menjadi dealer dengan hanya RM1,000 bagi masa yang terhad - Rebutlah peluang sekarang!!!
Hanya bermodalkan RM1,000 sahaja semasa tempoh promosi yang akan berakhir pada 31 Disember 2012, anda layak bergelar Pengedar / Dealer Rasmi GSR.
Anda akan bertanya lagi. Apa yang dealer dapat dengan RM1,000 tu? Baik secara ringkas juga anda sebagai dealer layak memperolehi paling minima item berikut:

1. Diskaun/Komisen pembelian emas dan perak seumur hidup yang lumayan.
2. Overriding Komisen.
3. Yuran dealer sekali seumur hidup.
4. PERCUMA website marketing GSR. Contoh: www.gsr2u.com.my/mullah
5. PERCUMA kos penghantaran bagi produk emas.
6. PERCUMA seminar/bengkel untuk Pemantapan Dealer secara berkala seumur hidup.
7. PERCUMA penghantaran melebihi 1kg silver.
8. PERCUMA Buku resit GSR.
9. PERCUMA Flyers promosi GSR 200 keping.
10. PERCUMA Member Card GSR.
11. PERCUMA Jaket GSR.
12. PERCUMA Beg GSR.
13. PERCUMA Business Card 300 keping.
14. PERCUMA Khairat kematian RM500 (2 tahun pertama).
15. PERCUMA Iklan Akhbar- Daftar sekarang, nama anda terpapar di akhbar Kosmo selama
2 bulan berturut-turut.

Mengapa PERLU simpan EMAS???

Selamat membaca! Kita yakin dengan apa yang kita buat! jangan fikir apa yang orang lain... ... Emas Perak.. lambang keberkatan Ekonomi Keluarga



1. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 25% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 satu gram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM160 satu gram!!

2. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.

Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup.. Tetapi dengan emas, jika pada tahun 2000 nilai seekor kambing ialah 1 dinar, maka pada hari ini, dengan 1 dinar, anda boleh membeli seekor kambing yang sama jenisnya.

3. Aset yang mudah untuk dicairkan.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain jika berlakunya peperangan? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan.

Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

5. Emas ialah kekayaan yang sebenar.

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan yang terunggul.

Sebagai kesimpulan, emas adalah logam yang sangat istimewa. Ianya bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana ianya adalah

Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan
Emas adalah lambang kekuasaan


Isnin, 19 Mac 2012

Cara Kira Zakat Emas dan Perak

Assalamualaikum WBTH...

Ssaya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya.
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.

Pengiraan Zakat Perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak

Aimullah SL0034

Pautan0122702522
www.gsr2u.com.my/mullah

Khamis, 1 Mac 2012

Jom jadi Dealer GSR

Ingin meniaga emas dan perak tapi kekurangan MODAL ?
Sekarang ada peluang TERBAIK anda utk memulakan perniagaan emas dan perak anda.

Syarikat Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR) yang beribu pejabat di Seksyen 13 Shah Alam (Worldwide) baru sahaja melancarkan produk emas dan perak terbaru.

Kini sedang giat mencari pengedar-pengedar baru diseluruh Malaysia untuk melebarkan sayap perniagaan.
Saya sebagai wakil PENGEDAR, sedang mencari bakal-bakal pengedar diseluruh Malaysia.
Promosi keahlian sedang berlangsung sehingga Mac 2012, hanya bermodalkan RM1,000 anda boleh menjadi pengedar SAH dan akses kepada rangkain produk emas dan perak GSR.
Syiling Perak Harimau Malaya

Sijil Pengesahan

Jongkong Perak Bunga Raya


Sijil Pengesahan Bunga Raya

Kesemua produk boleh dibeli di www.gsr2u.com.my/mullah


PELUANG PERNIAGAAN EMAS 916 & EMAS 999
DISKAUN RM10-15/gram .Kepada yang berminat Berniaga emas modal kecil sila PM atau hubungi saya 0122702522 tq




Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 0122702522