SEPANG - Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.
Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan itu menjalani proses pandu uji sebelum diserahkan kepada pelanggannya.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, setibanya di Kilometer 6.3 berhampiran tol tersebut, kereta yang dipercayai dipandu laju itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.
"Kereta itu terlanggar penghadang jalan serta sebatang tiang lampu sebelum terhumban kira-kira 20 meter dari bahu jalan.
"Pemandu dan penumpang kereta tersebut bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini semalam. - Kosmo

2 ulasan:
mujur ferrari,klu kete cap lain gak.kemek po kuih kapit la.huhu
jolo dh...
Catat Ulasan