Isnin, 26 Disember 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Kelantan


Pengurus : Azman Ibrahim
Jurulatih : Peter Butler

Senarai Pemain :
1 : Shahrizan Ismail
2 : Azizi Matt Rose
3 : S.Subramaniam
4 : Emmanuel Okine ( Ghana )
5 : Nik Shahrul Azim
6 : Farisham Ismail
7 : Ramzul Zahini Adenan
8 : Shakir Shaari
9 : Shahrul Idlan Talaha
10 : Norfarhan Muhammad
11 : Aziz Ismail
12 : Nurul Azwan Roya
13 : Indraputra Mahyuddin
14 : Zamri Ramli
15 : Daudsu Jamaludin
16 : Badhri Radzi
17 : Rizal Fahmi
18 : Denny Antwi ( Ghana )
19 : Khairul Fahmi Che Mat
20 : Syazwan Yusof
21 : Muhammed Ghaddar ( Lebanon )
22 : S.Chanturu
23 : Zairol Fitree Ishak
24 : Azlan Ismail
25 : Izuan Solahuddin
26 : Khairul Izuan Rosli
27 : Aris Zaidi

Rating : 9.0/10
Ramalan : Antara pencabar kejuaraan.

Kepulangan semula Peter Butler sebagai jurulatih pasukan Kelantan menggambarkan hasrat KAFA untuk meneruskan momentum mereka sebagai kuasa terunggul dalam Liga Malaysia. Perlantikan semula Butler dianggap sebagai "langkah selamat" memandangkan Butler bukanlah asing lagi dalam bolasepak Kelantan. Malah kepulangan "trio kontroversi" Azizi, Norfarhan serta Indra dikatakan ada kaitan dengan pengaruh Butler. Dengan barisan pemain yang cukup seimbang disetiap posisi,Kelantan dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan menjelang saingan Liga Super musim 2012 nanti.

Persiapan pasukan Kelantan juga cukup rapi dengan mendapatkan pemain import sebaik sahaja mereka tersungkur di suku akhir Piala Malaysia 2011. Mohammed Ghaddar, Denny Antwi serta Emmanuel Okine mengisi slot 3 pemain import beraksi dalam Liga Malaysia serta tambahan Zakaria Charara dalam saingan Piala AFC.

Penulis bersetuju dengan pendapat yang mengatakan skuad ini tiada barisan pertama atau kedua kerana kebanyakkan pemain Kelantan musim ini adalah pemain berpengalaman kecuali pemain yang baru diserapkan daripada skuad Piala Presiden. Setiap posisi pasukan Kelantan boleh diisi oleh 2 atau 3 pemain yang kualitinya tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Diposisi penjaga gol Shahrizan boleh mengantikan Khairul Fahmi seperti terbukti dalam saingan Piala Malaysia lalu. Barisan pertahanan juga dibanjiri pemain berpengalaman seperti Subramaniam, Farisham, Rizal,Daudsu, Zairul serta Aziz Ismail. Cuma bagi posisi defensive midfielder sahaja dilihat hanya Shakir dan Okine yang lebih dominan, manakala pemain lain yang boleh bermain diposisi tersebut belum terbukti lagi kemampuannya.

Kebanyakkan midfield pasukan Kelantan musim ini lebih berorientasikan serangan seperti Antwi, Baddri, Indra, Norfarhan dan Chanturu, dan secara tidak langsung ia akan memudahkan tugas Norshahrul, Ghaddar, Ramzul atau Azlan bagi merobek gawang lawan.

Walaubagaimanapun, skuad ini bakal diuji dalam saingan yang sangat kompetatif musim ini, baik dalam saingan Liga Malaysia mahupun dalam saingan Piala AFC. Kekuatan mental bakal menjadi penentu sama ada berjaya atau tidak skuad yang dikenali sebagai "The Red Warrior" ini menjulang kejuaraan.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan

Sumber: www.bolasepakm.blogspot.com

Tiada ulasan: