Rabu, 29 Jun 2011

Minyak Wangi AuraLife

assalamualaikum..
ni merupakan produk minyak wangi yang dihasilkan oleh orang Islam yang pertama di malaysia yang mana mempunyai suntikan tenaga aura dalam perfume

perfume ini bukan sahaja sekadar minyak wangi bahkan di adun dgn doa-doa dan wirid tertentu untuk merawat pelbagai penyakit dalaman
(jgn bimbang,kerana perfume ini sentiasa dipantau oleh Yayasan Dakwah Islam Malaysia)

Keistimewaan Produk Auralife

* Mempunyai pembuat minyak wangi sendiri (maker)
* Mempunyai lebih dari 600 pilihan yang di inspirasi dari jenama terkenal dari seluruh dunia.
* Bahan-bahan dan diformulasikan kebanyakan dari Perancis
* Keharuman kekal di kulit setanding minyak wangi berjenama. Di baju (fabrik) pula boleh kekal selama beberapa hari.
* Hanya menggunakan minyak wangi anda akan mendapat satu kaedah rawatan getaran tenaga aura yang di diformulasi, diadun , disuntik aura oleh master yang hebat.
* Tiada alkohol dan mendapat kelulusan "Sure Halal" serta dipantau oleh Yayasan Dakwah Islam
Sesuai digunakan semasa solat.
* Membantu keintiman suami isteri, memberi keyakinan diri, membangkitkan seri wajah , merubah sikap panas baran memberi ketenangan zahir&batin. Mencerdaskan minda dan IQ serta memulihkan tenaga semulajadi.

INGIN MENCUBA?
HARGA RM 30.00 SATU BOTOL
hubungi sy: 0122702522

Peristiwa Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
· Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
· Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
· Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
· Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
· Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
· Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
· Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
· Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
· Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
· Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
· Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
· Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
· Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda,
"Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Wallahua'lam..

Selasa, 28 Jun 2011

Pantai




Harimau Melaya tanpa Apex?



PETALING JAYA – Ketika dua tonggak utama serangan negara, Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahya kian menunjukkan perkembangan positif untuk diturunkan berdepan Taiwan, kem Harimau Malaya menerima berita yang mendukacitakan mengenai penjaga gol No.1 negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Kecederaan bahu yang dialami pada separuh masa kedua ketika berdepan Lebanon pada kelayakan Olimpik 2012, Khamis lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, masih belum pulih sepenuhnya dan dia mungkin terlepas peluang bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan, esok.

Pada sesi latihan semalam, Khairul Fahmi, yang lebih dikenali dengan panggilan Apek, hanya menjalani latihan ringan secara sendirian dan tidak mengikuti latihan penuh bersama rakan sepasukan sambil balutan ais melingkari bahunya.

Malah, Apek sendiri mengakui dia masih belum pasti akan diturunkan atau sebaliknya, tatkala jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan ahli fisioterapi pasukan masih menilai situasinya sebelum membuat keputusan muktamad.

‘‘Otot di bahagian bahu saya masih berasa tegang dan sakit selepas perlawanan dengan Lebanon tempoh hari.

‘‘Walaupun makin berkurangan kesakitan yang dialami tetapi saya belum dapat menjalani latihan penuh.

‘‘Jika tidak dapat beraksi nanti, secara peribadi saya akui memang sedih kerana pertemuan dengan Taiwan nanti merupakan perlawanan yang cukup penting,” katanya di Wisma FAM, semalam.

Pun begitu, dia tetap yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya, Sharbinee Allawee atau Nasril Nourdin untuk menggalas tempatnya mengawal gawang negara.

‘‘Mereka berdua pemain lebih berpengalaman daripada saya. Saya yakin mereka mampu beraksi baik dan tiada sebarang masalah untuk diturunkan,” katanya.

Dalam pada itu, Rajagobal berkata, peluang Apek untuk diturunkan pada perlawanan esok bergantung kepada laporan kecederaan yang akan dikemukakan oleh fisioterapi.

‘‘Kita masih ada sehari lagi untuk melihat keadaan Apek sebelum saya boleh membuat keputusan terakhir.

‘‘Begitu juga beberapa pemain lain seperti Norshahrul atau Abdul Hadi, kita masih ada masa melihat mereka benar-benar pulih,” jelasnya.

Sementara itu, Sharbinee yang dijangka menjadi pilihan utama menggantikan posisi Apek, berikrar memberikan komitmen 110 peratus jika jurulatih mengambil keputusan menurunkannya menentang Taiwan.

‘‘Mental saya sentiasa bersedia untuk bermain, malahan dalam soal keserasian dengan beberapa pemain baru, bukan satu masalah besar buat saya kerana sebenarnya telah lama bersama.

‘‘Saya berazam tidak akan melakukan sebarang kesilapan dan mempertahankan gawang negara daripada dibolosi oleh Taiwan,” jelasnya.

Khamis, 16 Jun 2011

Minyak Wangi AuraLife



KOD NAMA JENIS WARNA AURA
001 DKNY TO AURA MORNING GLORY PEREMPUAN BIRU D/P
001A APPLE GREEN TO AURA APPLE GREEN PEREMPUAN HIJAU S/R/G
002 BLACK XS TO AURA ANGGERIK PEREMPUAN PURPLE S/R
002A LA COASTE TO AURA LAVENDER PEREMPUAN INDIGO S/R
003 ESSENTIAL TO AURA ANGGERIK PEREMPUAN PURPLE D/P
004 HYPNOSE TO AURA DAISY PEREMPUAN JINGGA S/R
005 LONDON FAMME TO AURA BUNGA RAYA PEREMPUAN MERAH D/P
005A STELLA JLO TO AURA ISTANA PEREMPUAN KUNING D/P
006 BURBERRY AURA MORNING GLORY PEREMPUAN BIRU S/R
007 HUGO BOSS TO AURA ANGGERIK LELAKI PURPLE R/G
008 YSL TO AURA LAVENDER LELAKI INDIGO D/P
009 DUNHILL TO AURA BUNGA RAYA LELAKI MERAH R/G
010 POLO TO AURA ISTANA LELAKI KUNING D/P
011 TOMMY BOY TO AURA DAISY LELAKI JINGGA R/G
012A 212 SEXY MAN TO AURA JASMIN LELAKI PUTIH D/P
013 YSL BABY DOLL AURA BUNGA RAYA PEREMPUAN MERAH R/G
014 DKNY TO AURA MORNING GLORY LELAKI BIRU R/G
015 ETERNITY MEN TO AURA APPLE GREEN LELAKI HIJAU R/G
016 INSPIRED BY BRITNEY SPEAR PEREMPUAN KUNING R/G
017 INSPIRED BY KYLIE MINOQUE PEREMPUAN PURPLE D/P
018 INSPIRED BY MARIA SHARAPOVA PEREMPUAN BIRU S/R
019 INSPIRED BY CHRISTINA AGUILERA PEREMPUAN KUNING S/R
020 INSPIRED BY PARIS HILTON PEREMPUAN INDIGO D/P
021 INSPIRED BY VICTORIA BECKHAM PEREMPUAN HIJAU R/G
022 INSPIRED BY BEYONCE KNOWLES PEREMPUAN MERAH R/G
023 INSPIRED BY DAVID BECKHAM LELAKI KUNING R/G
024 INSPIRED BY EVAN MC GREGOR LELAKI PUITH D/P
025 INSPIRED BY ANTONIO BANDERAS LELAKI MERAH D/P
026 INSPIRED BY TOM CRUISE LELAKI HIJAU D/P
027 INSPIRED BY BRAD PITT LELAKI PURPLE D/P
028 INSPIRED BY TIGER WOOD LELAKI INDIGO R/G
029 INSPIRED BY ENRIQUE IGLESIAS LELAKI JINGGA R/G
030 INSPIRED BY USHER LELAKI BIRU R/G
031 AURA GENIUS SPIRITIUAL - PUTIH UNISEX
032 AURA GENIUS EMOSIONAL - PINK UNISEX
033 AURA GENIUS MENTAL - HIJAU UNISEX
034 AURA GENIUS FIZIKAL - BIRU UNISEX
035 INSPIRED BY KENZO - BIRU UNISEX
036 INSPIRED BY RED DELICIOUS (DKNY) - HIJAU UNISEX
037 INSPIRED BY DUNHILL - MERAH UNISEX
038 INSPIRED BY TEXAS PRINCESS - PURPLE UNISEX
039 INSPIRED BY ISSEY MIYAKI - JINGGA UNISEX
040 INSPIRED BY POLO - KUNING UNISEX
041 INSPIRED BY GIORGE ARMANI - INDIGO UNISEX

HARGA SEMENANJUNG : RM 30

SABAH / SARAWAK : RM 33

Call 0122702522 utk pembelian