Isnin, 23 April 2012

GSR di SACC





Jangan lupa temui saya di SACC pd 27-29 April 2012
Boleh mengetahui lebih mendalam pasal EMAS PERAK
Jangan lepaskan peluang ini

sekian
Aimullah Hanis 0122702522
www.gsr2u.com.my/mullah 

Selasa, 17 April 2012

Cincin 916 1gram dan 2gram

Cincin 916 1gram & 2gram.
Simpan 1bulan 1gram.
berminat blh la pm @ call 0122702522
anda juga blh order terus ikut website www.gsr2u.com.my/mullah
anda perlu daftar sbg MEMBER FREE jer..
slmt menyimpan..




Adakah masih bernilai lagi?

Apalah nasib duit rm50 kalau sudah koyak?
Memang sudah tiada nilainya.

p/s:fikir-fikirkan
www.gsr2u.com.my/mullah 
 

Selasa, 10 April 2012

INSAN sekaya ABDURRAHMAN BIN AUF

Selain dari diri Rasulullah yang terdapat contoh yang sempurna, kita juga boleh belajar dari sahabat-sahabat Baginda dalam mengembalikan kemakmuran Islam yang kita cita-citakan ini. Salah satu sahabat Baginda yang patut kita contoh adalah Abdurrahman bin Auf yang kejayaannya dalam berniaga menjadi teladan bagi seluruh pengusaha Muslim saat ini, dalam hal urusan akhirat pun banyak yang dapat dicontohi dari Abdurrahman bin Auf ini kerana beliau termasuk dalam senarai sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Berikut adalah karektor2 Abdurrahman bin Auf & sedikit mengenai latar belakang beliau..Ayuh sama-sama kita bandingkan sifat-sifat beliau dengan diri kita sendiri..mana yang sama & mana pula yang tidak serupa. Yang sama Alhamdulillah..semoga Allah kekalkan & mana yang tidak serupa itu, semoga kita berusaha untuk mencapai kesamaan tersebut..lillahi Taala. Inshaallah..
  
1.    Abdurrahman bin Auf termasuk sahabat yang masuk Islam sangat awal, tercatat beliau orang yang ke-8 yang bersyahadah 2 hari setelah Abu Bakar. Beliau juga termasuk salah satu dari sepuluh (10) sahabat yang dijamin masuk syurga.  
2.    Beliau termasuk salah satu dari enam (6) orang yang ditunjuk oleh Umar bin al-Khathab untuk memilih khalifah sesudahnya..  
3.    Beliau seorang mufti yang dipercayai oleh Rasulullah SAW untuk berfatwa di Madinah padahal Rasulullah SAW masih hidup. 
4.    Beliau terlibat dalam Perang Badar bersama Rasulullah SAW & menewaskan musuh-musuh Allah. Beliau juga terlibat dalam Perang Uhud & bahkan termasuk dalam golongan yang bertahan disisi Rasulullah SAW ketika tentera kaum Muslimin banyak meninggalkan medan peperangan. Dari peperangan ini ada 9 luka parah ditubuhnya & 20 luka kecil yang diantaranya ada yang sedalam anak jari. Dua perang ini juga menyebabkan luka dikakinya sehingga Abdurrahman bin Auf harus berjalan dengan pincang, dan juga mematahkan sebahagian giginya sehingga beliau berbicara dengan sedikit pelat. 
5.    Suatu saat ketika Rasulullah SAW berpidato menyuntik semangat kaum Muslimin untuk berinfaq di jalan Allah, Abdurrahman bin Auf menyumbang separuh hartanya yang senilai 2,000 Dinar atau sekitar hampir RM 1.4 juta pada saat ini (bayangkan pada zaman itu seseorang yang mempunyai harta sebanyak itu sudah boleh dianggap sangat kaya, walhal ketika beliau menyumbangkan sejumlah tersebut, beliau masih 'belum betul-betul kaya' dan hartanya baru berjumlah 4,000 Dinar). Atas sedekah ini beliau didoakan khusus oleh Rasulullah SAW yang berbunyi, "Semoga Allah melimpahkan berkatNya kepadamu, terhadap harta yang kamu berikan. Dan semoga Allah memberkati juga harta yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu." Doa ini benar-benar terbukti dengan kejayaan demi kejayaan Abdurrahman bin Auf berikutnya. Al-maklum sahajalah, bila kekasihNya memohon doa, tentu sahaja Allah memberi perkenanNya. 
6.    Ketika Rasulullah memerlukan dana untuk Perang Tabuk yang mahal & sulit kerana medannya jauh, ditambah situasi Madinah yang lagi dilanda musim panas, Abdurrahman bin Auf mempeloporinya dengan menyumbang 200 uqiyah emas sampai-sampai Umar bin al-Khatthab berbisik kepada Rasulullah SAW, "Apakah Abdurrahman berdosa kepada keluarganya kerana tidak meninggalkan wang belanja sedikitpun untuk keluarganya?" Mendengar ini, Rasulullah SAW bertanya kepada Abdurrahman bin Auf, "Apakah kamu meninggalkan wang belanja untuk isterimu?" "Ya!", jawab Abdurrahman. "Mereka saya tinggalkan lebih banyak & lebih baik dari yang saya sumbangkan." "Berapa?", tanya Rasulullah. "Sebanyak rezeki, kebaikan, dan pahala yang dijanjikan Allah.",jawabnya. 
7.    Setelah Rasulullah wafat, Abdurrahman bin Auf bertugas menjaga kesejahteraan & keselamatan Ummahatul Mu'minin (para isteri Rasulullah SAW). 
8.    Abdurrahman bin Auf pernah menyumbangkan seluruh barang yang dibawa oleh kafilah perdagangannya kepada penduduk Madinah padahal seluruh kafilah ini membawa barang dagangan yang diangkut oleh 700 unta yang memenuhi jalan-jalan kota Madinah. Selain itu juga tercatat Abdurrahman bin Auf telah menyumbangkan dengan sembunyi-sembunyi atau terang-terangan antara lain 40,000 Dirham (sekitar +/- RM 1.08 juta wang sekarang), 40,000 Dinar (senilai +/- RM 27.2 juta wang sekarang..wowww!!!), 200 uqiyah emas, 500 ekor kuda & 1,500 ekor unta. (berkat Allah bersamanya..) 
9.    Beliau juga membiayai para veteran perang Badar yang masih hidup waktu itu dengan biaya sebesar 400 Dinar ( sekitar +/- RM 272,000) setiap orang untuk veteran yang jumlahnya tidak kurang dari 100 orang! 
10.  Dengan begitu banyak yang diinfaqkan di jalan Allah, beliau ketika meninggal pada usia 72 tahun masih juga meninggalkan harta yang sangat banyak iaitu terdiri daripada 1,000 ekor unta, 100 ekor kuda, 3,000 ekor kambing & masing-masing isteri mendapatkan warisan 80,000 Dinar. Padahal warisan isteri-isteri ini masing-masing hanyalah 1/4 dari 1/8 (isteri mendapat 1/8 daripada harta & kerana ada 4 isteri, harus pula jumlah itu dibahagi 4). Ertinya, kekayaan yang ditinggalkan Abdurrahman bin Auf saat itu berjumlah 2,560,000 Dinar atau sebesar RM 1,740,800,000 (RM 1.7408 Billion!!!!!)
Bagaimana Abdurrahman bin Auf sangat berjaya dalam perniagaannya & dijamin pula masuk syurga? Sedangkan pada zaman sekarang, ramai yang berniaga, ramai juga yang kaya-raya..tetapi syurga kah matlamatnya??? Berikut adalah amalan/prinsip beliau yang boleh kita tiru..inshaallah..
  
  • 1.    Seluruh usahanya hanya ditujukan untuk mencari redha Allah semata.
  • 2.    Bermodal & berniaga barang yang halal dan menjauhkan diri dari barang yang haram bahkan yang syubhah sekalipun.
  • 3.    Keuntungan hasil usaha bukan untuk dinikmati sendiri melainkan hak Allah, sanak keluarga & untuk perjuangan di jalan Allah.
  • 4.    Abdurrahman bin Auf seorang pemimpin yang mengendalikan hartanya, bukan harta yang mengendalikannya.
  • 5.    Sedeqah telah menyuburkan harta Abdurrahman bin Auf, sampaikan ada penduduk Madinah yang berkata, "Seluruh penduduk Madinah terikat dengan Abdurrahman bin Auf pada hartanya. Sepertiga dipinjamkannya pada mereka, sepertiga untuk membayari hutang-hutang mereka, dan sepertiga lagi sisanya dibahagi-bahagikan kepada mereka."
  • 6.    Kesekuruhan harta Abdurrahman bin Auf adalah harta yang halal, sehingga Uthman bin Affan RA, yang termasuk kaya pun bersedia menerima wasiat Abdurrahman ketika membahagikan 400 Dinar bagi setiap veteran Perang Badar. Atas pembahagian ini Uthman bin Affan berkata, "Harta Abdurrahman bin Auf halal lagi bersih, dan memakan harta itu membawa selamat & berkat."
RENUNGKANLAH BERSAMA......
AIMULLAH HANIS
SL0034
0122702522

Ahad, 8 April 2012

Perbezaan nilai emas dengan duit kertas.

Fikir-fikirkan mana yang lebih bernilai.
Untuk tahu pasal emas dan perak boleh hubungi saya 0122702522
www.gsr2u.com.my/mullah

Sabtu, 7 April 2012

Pelaburan Emas

Apa khabar? Semoga sihat dan ceria di samping keluarga dan rakan-rakan.
Hari ini saya nak berkongsi satu topik penting iaitu Cara berkesan, Pantas dan Menjimatkan dalam melabur emas.
Masa kini memang ramai di antara kita yang sedang melabur dalam emas. Sana-sini orang bercerita tentang kehebatan pelaburan emas.
Iklan di TV dan banyak bank mula membuka kaunter MENJUAL emas-emas mereka. Hinggakan dalam apa-apa pertandingan dan produk pun dikaitkan dengan emas.
Tentu anda semua pernah dengar kan dalam satu kempen beli produk mereka, hadiah yang ditawarkan adalah jongkong emas !!
Tidak terkecuali juga, banyak slot-slot rancangan ekonomi di TV dan internet, mula mengulas dan bercerita tentang pelaburan emas. Allahyarham Dato’ Salleh Majid, bekas pengerusi BSKL juga turut berkata dalam satu rancangan eonomi di TV, anda tidak perlu fikir risiko ketika melabur emas, kerana satu sifat penting emas yang perlu kita tahu adalah EMAS KALIS INFLASI…..ia tidak akan terkesan oleh inflasi.
Zaman ini adalah zaman kenaikan harga emas. Seluruh orang memperkatakan tentang pelaburan emas. Pengalaman saya menghadiri seminar – seminar tentang pelaburan emas, memperlihatkan amat ramai yang hadir ingin tahu bagaimanakah caranya pelaburan emas ini dimainkan.
Seminar-seminar emas di seluruh negara yang tumbuh bagai cendawan memperlihatkan kesedaran dan minat orang ramai untuk melabur emas. Mereka sanggup datang dari seluruh pelusuk negara semata-mata mahu mengetahui ilmu melabur emas yang unik ini.
Namun, hakikat pelaburan emas yang perlu kita ketahui adalah, ia juga seperti lain-lain jenis pelaburan komoditi. Pasaran emas juga bersifat turun dan naik harganya.
Hari ini harga naik, tup tup esok lusa, harga jatuh kembali dan tak lama selepas itu naik balik. Tapi jika kita melihat dalam satu jangka masa yang sederhana dan lama, 1 tahun ke atas, memang harga naik.
Atas sebab inilah ramai juga pelanggan dan rakan kenalan yang telah melabur emas, saya perhatikan hanya mengguna pakai strategi beli, simpan dan jual balik.
Anda beli emas pelaburan pada harga tertentu. Kemudian simpan untuk satu jangka masa yang tertentu dan jualnya kembali setelah ada untung sedikit atau tiba-tiba sesak nak pakai cash.
Mungkin anda tidak sedar di luar sana banyak institusi Ar Rahnu dan kedai Pajak Gadai tumbuh seperti cendawan selepas hujan apabila trend orang membeli emas macam membeli pisang goreng panas semakin menjadi-jadi. Pernahkah anda terfikir, kenapa ini berlaku?
Jika anda hendak tahu, semakin ramai orang yang melabur dalam emas mula menyedari satu kelebihan melabur dalam emas fizikal ini adalah EMAS BOLEH DI CAGAR UNTUK MENDAPATKAN CASH ….!! Inilah yang membuatkan pelaburan emas sangat unik berbanding lain-lain jenis pelaburan.
Dan untuk pengetahuan anda semua, semakin ramai juga mereka yang telah melabur dalam emas mempelajari teknik-teknik pelaburan emas yang digabungkan dengan sistem pajak gadai Ar Rahnu untuk menambahkan lagi pulangan pelaburan emas mereka.
Kini Ar Rahnu bukan lagi tempat bagi mereka yang terdesak, malah ramai tokey-tokey besar dan kontraktor besar mula menggunakan Ar Rahnu dalam perniagaan. Jadi ini satu peluang yang anda tidak seharusnya lepaskan begitu sahaja.
Saya ingin berkongsi satu kisah client saya seorang tokey kontraktor, membeli emas dalam kuantiti 800 gm emas 999. Saya sarankan dia agar guna teknik ar rahnu melalui penstrukturan pinjaman ar rahnu.
Apabila beliau sudah faham teknik yang saya terangkan, bila ditanya mana dapat cash sebanyak itu? Dia menjawab, duit baucer payment projek dah dapat, jadi sebelum mula site projek dalam 4-6 bulan lagi, nak melabur emas dan guna teknik ini dalam emas.
By the time projek bermula selepas 4 bulan, emas yang sudah ditanam di ar rahnu pasti sudah mengalami keuntungan dan apa yang menariknya adalah bukan sahaja keuntungan kenaikan harga emas beliau dapat, malah duit modal pelaburan juga tidak hangus. Itulah kelebihan emas fizikal.
Adakah anda ingin mempelajari rahsia-rahsia pelaburan emas dan teknik menggunakan sistem Ar Rahnu dalam kewangan peribadi anda? Jika anda takde wang yang cukup, tahukah anda ada caranya yang berkesan dan praktikal untuk anda membeli emas dengan duit gaji anda sahaja. Ada satu panduan yang telah dicipta untuk membolehkan mereka yang agak ”tight budget bulanan” untuk membeli emas dengan konsisten.
Saya ada teknik berkesan, mudah dan menjimatkan serta lumayan dalam pelaburan emas dan Teknik Pajakan Ar Rahnu yang saya telah pelajari dari sifu sifu emas di luar sana dan telah saya praktiskan.
Ianya adalah hasil nukilan saya sendiri berdasarkan pengalaman saya dalam trading dan pelaburan emas. Alhamdulillah sambutan terhadapnya amat baik. Saya jamin ianya sangat membantu

p/s:sama-samalah kita simpan emas.
    www.gsr2u.com.my/mullah

Sorok Emas Dalam Rumah


Sumber: Harian Metro 18/2/2012
TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.
Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.
Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.
Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.<
“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.
Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.
Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.
Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.
Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.
Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.
“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.
Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.
Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.
“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.
Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai.
“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.
Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.<
Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.
Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.
Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.
“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.
Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.
Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.
Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.
Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.
“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.
Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.
Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.
“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long. – AFP

p/s:simpan la tempat yang selamat. banyak bank yang menyediakn perkhidmatan peti besi.