Isnin, 31 Disember 2012

MEMBUDAYAKAN DINAR SYIFA GSR sebagai MAS KAHWIN


ISLAM ada panduan lengkap dan terperinci mengenai perkahwinan, bermula daripada kriteria atau cara memilih pasangan yang ideal, melakukan khitbah (peminangan), panduan hubungan seksual antara kedua suami isteri, bagaimana mendidik anak, serta memberikan jalan keluar jika berlaku pertelingkahan atau kemelut rumah tangga, sampai dalam proses nafaqah dan harta waris, semua diatur oleh Islam secara terperinci.

Nabi Muhammad SAW mendorong umatnya untuk mempercepat perkahwinan, mempermudah jalan untuknya dan membanteras perkara-perkara yang melanggar syariat. Ini adalah kerana perkahwinan itu merupakan jalan yang paling bermanfaat dan paling afdal dalam upaya merealisasikan dan menjaga kehormatan.

Melalui perkahwinan akan terjaga seseorang itu daripada apa yang dilarang ALLAH SWT. dalam memenuhi keperluan lelaki dan wanita di samping keperluan manusia suami isteri untuk melahirkan keturunan dan memakmurkan dunia yang diamanahkan.

Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sahya itu perkahwinan, maka ia akan mencari jalanjalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam. Firman ALLAH. “ertinya : Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada agama (ALLAH); (tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.
Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (Surah Ar-Ruum : 30).

Konsep perkahwinan dalam Islam perlu difahami oleh masyarakat kita dan perlu merujuk kepada panduan yang diberikan dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah. Islam meletakkan perkahwinan pada suatu tahap yang amat tinggi dalam pembangunan masyarakat. Dalam mengadakan majlis perkahwinan pula, Islam ada panduan bagaimana mewujudkan sebuah pesta pernikahan yang meriah, namun tetap mendapatkan keberkatan dan tidak melanggar tuntunan agama, begitu juga dengan majlis kenduri perkahwinan yang sederhana tetapi penuh dengan pesona dan keberkatan.
Perkahwinan merupakan satu fitrah kejadian manusia dan keperluan masyarakat sejak zaman berzaman lamanya dilakukan dengan adat mengikut keperluan agama.
Hampir di serata dunia kaum wanita disanjung oleh kaum lelaki dan begitu juga dalam ajaran agama Islam wanita mendapat tempat yang mulia dan mendapat penghormatan sewajarnya.
Apabila seseorang lelaki itu mahu mengahwini seseorang wanita, ianya dimulakan dengan majlis merisik diikuti dengan majlis pertunangan dan seterusnya majlis perkahwinan.
Semua majlis ini dilakukan dengan penuh keceriaan dan peradaban yang tinggi.
Dalam zaman silam ketika adat menghantar tanda dan adat menghantar mas kahwin dan belanja dilakukan oleh pihak lelaki, biasanya dibawa bersama cincin emas atau berlian.
Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung, selipar atau kasut, gula-gula, buahbuahan, dan sebagainya.
Walaupun terdapat perbezaan adat dari satu negeri ke satu negeri tetapi mas kahwin yang diberikan adalah sesuatu yang sangat bernilai.

Usaha memartabatkan kaum wanita seterusnya, Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR) telah mengeluarkan barang kemas dan dinar emas yang dipakejkan khas untuk disesuaikan sebagai barang hantaran atau mas kahwin. Produk dinar emas yang bercirikan lambang kasih sayang yang berterusan dan kekal abadi.
Perkahwinan yang bermatlamat untuk kekal abadi seperti kekalnya nilai emas. Masyarakat sudah mula sedar akan penyusutan kuasa membeli wang kertas ringgit Malaysia dan sudah mula mahu  menggunakan emas atau dinar emas sebagai mas kahwin.

Sumbangan kaum wanita tidak seharusnya diberi mas kahwin dengan sesuatu yang susut nilai mengikut masa dan masanya sudah tiba bagi pihak majlis agama di setiap negeri tidak menetapkan nilai ringgit Malaysia dua puluh dua ringgit setengah sebagai mas kahwin. Jika kita ikut tradisi RM22.50 ini, nilai satu ringgit anggaran bersamaan dengan 8 dirham perak.

Jika 1 dirham bersamaan dengan RM25, ini bersamaan dengan RM4,500 (22.5X8X25). Oleh itu, kembalilah kepada nilai sebenar untuk mas kahwin dan diharap masyarakat kita dapat membudayakan mas kahwin menggunakan dinar emas dan dirham perak dan bukan wang kertas yang menyusut nilai. Dinar Syifa' yang dikeluarkan khas sungguh unik sebagai mas kahwin boleh menjadi pengikat  pertalian perkahwinan kekal abadi.

Sumber Dari Sinar Harian

www.gsr2u.com.my/mullah

Selasa, 18 Disember 2012

JADUAL : PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN EMAS PERAK GSR DI SELURUH MALAYSIA ( DECEMBER 2012)

JADUAL : PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN EMAS PERAK GSR DI SELURUH MALAYSIA ( DECEMBER 2012) . JEMPUT ORANG RAMAI-HADIR KE MAJLIS ILMU. ( MASUK ADALAH PERCUMA.)

JOHOR

LOKASI SEMINAR : BILIK SEMINAR , UTM SPACE, TAMAN UNIVERSITI
MASA: 8:00 -

10:30 MALAM
TARIKH: 2 DISEMBER 2012 ( AHAD )



LOKASI SEMINAR : BILIK SEMINAR , UTM SPACE, TAMAN UNIVERSITI
MASA: 2:00 - 4:30 PETANG
TARIKH: 16 DISEMBER 2012 ( AHAD )


KEDAH


LOKASI : HOTEL SERI MALAYSIA, SUNGAI PETANI KEDAH
MASA : 2.00 PETANG HINGGA 4.30 PETANG
TARIKH : 1 DISEMBER 2012 (SABTU)


LOKASI : HOTEL SERI MALAYSIA, ALOR SETAR, KEDAH
MASA : 2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
TARIKH : 22 DISEMBER 2012 (SABTU)

PULAU PINANG

LOKASI : SAFIRA COUNTRY CLUB, SEBERANG JAYA PULAU PINANG
MASA : 2.00 PETANG HINGGA 4.30 PETANG
TARIKH : 16 DISEMBER 2012 (AHAD)

W.P. PUTRAJAYA

LOKASI : AUDITORIUM 1, KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 16, PUTRAJAYA.
MASA : 11.00 PAGI - 2.00 PETANG
TARIKH : 9 DISEMBER 2012 (AHAD)

W.P.KUALA LUMPUR

LOKASI : BILIK SEMINAR BTS,JALAN 5A/6, TMN SETAPAK INDAH, K.L
(ATAS KEDAI DUNIA HERBS, BERHAMPIRAN UPTOWN DANAU KOTA )
MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG
TARIKH : 16 DISEMBER 2012 (AHAD)


SELANGOR

LOKASI : DEWAN SRA DUSUN NANDING, HULU LANGAT, SELANGOR
MASA : 10.00 PAGI - 2.00 PETANG
TARIKH : 16 DISEMBER 2012 (AHAD)


SABAH

LOKASI : DEWAN SERBAGUNA PERPUSTAKAAN NEGERI WILAYAH SANDAKAN.
MASA : 9.00 PAGI - 2.00 PETANG
TARIKH : 16 DISEMBER 2012 (AHAD)



PAHANG

LOKASI : RUMAH REHAT TEMERLOH PAHANG
MASA : 2.00 PETANG - 5.00 PETANG
TARIKH : 15 DISEMBER 2012 (SABTU)



LOKASI : DEWAN SEMINAR, ANNEXE RESORT, KUANTAN (RUMAH REHAT KUANTAN)
MASA : 10.00 PAGI - 2.00 PETANG
TARIKH : 8 DISEMBER 2012 (SABTU)



KELANTAN
LOKASI : KHALIFA SUITES HOTEL SEKSYEN 7, HADAPAN MASJID MUHAMMADI, JALAN SULTANAH ZAINAB KOTA BHARU
MASA : 8.30 MALAM - 10.30 MALAM
TARIKH : 22 DISEMBER 2012 (SABTU)


TERANGGANU

2. Seminar di Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Kuala Terengganu
Lokasi : Dewan Seminar YPK, Kuala Terengganu
Tarikh : 14 Dis 2012 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Status : Confirmed


3. Seminar di Dewan Seminar Perpustakaan Awam Marang
Lokasi : Dewan Seminar Perpustakaan Awam Marang
Tarikh : 15 Dis 2012
Masa : 2.30 ptg - 5.00 ptg
Status : Confirmed


4. Seminar di Bandar Dungun
Lokasi : Hotel Saujana
Tarikh : 17 Dis 2012 (Isnin)
Masa : 8.30 mlm - 10.30 mlm
Status : Confirmed


5. Seminar di Kertih, Kemaman
Lokasi : Dewan Seminar Roskeen Kitchen Kertih (Sebelah Bank Rakyat)
Tarikh : 18 Dis 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 mlm - 10.30 mlm
Status : Confirmed


6. Seminar di Dewan Seminar Perpustakaan Awam Besut
Lokasi : Dewan Seminar Perpustakaan Awam Besut
Tarikh : 22 Dis 2012 (Sabtu)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Status : Confirmed


7. Seminar di Chukai, Kemaman
Lokasi : Dewan Seminar SafetyCheck Eng. (Atas Stokis Tupperware)
Tarikh : 26 Dis 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 mlm - 10.30 mlm
Status : Confirmed

8. Seminar Dinar Syifa' di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
Lokasi : Dewan Seminar Perpustakaan Awam Negeri, Kuala Terengganu
Tarikh : 29 Dis 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 Tgahari
Status : Confirmed
Aimullah Hanis
0122702522
SL0034